Friday 17 January 2020

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

1.0    PLICKERS

Aplikasi Plickers merupakan salah satu alat teknologi yang bersifat interaktif. Aplikasi ini digunakan oleh para guru  dalam proses pembelajaran di dalam kelas untuk mentaksir pelajar terhadap sesuatu topik yang telah dipelajari.

1.1  PENGGUNAAN APLIKASI PLICKERS DI DALAM KELAS

Bagi mentaksir pencapaian pelajar dalam sesuatu topik, guru boleh menggunakan aplikasi Plickers kerana aplikasi ini tidak memerlukan guru mengambil masa yang lama untuk menanda dan mengira skor keseluruhan pencapaian pelajar mereka. Hal ini demikian kerana pencapaian dan skor pelajar akan dipaparkan secara automatik di layar skrin setelah pelajar selesai menjawab soalan. Guru hanya perlu memberikan kad QR kepada setiap pelajar dan guru perlu mengimbas jawapan pelajar menggunakan telefon pintar. Guru juga boleh membincangkan soalan yang dijawab dengan jawapan yang salah secara terus di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.


Aplikasi plikers dapat memupuk minat pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas. Aplikasi ini sangat sesuai digunakan oleh guru bagi semua mata pelajaran terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Hal ini demikian kerana pelajar mudah bosan dan mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Mereka tidak boleh mempelajari mata pelajaran tersebut dengan hanya mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru, tetapi guru perlu melibatkan diri pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Plickers merupakan aplikasi yang sesuai untuk diapliaksikan di dalam kelas agar pelajar fokus di dalam kelas.

Selain itu juga pelajar dapat melihat sendiri kesalahan yang dilakuakan ketika menjawab soalan. Pada masa yang sama, guru dapat menerangkan kepada pelajar soalan yang dijawab dengan salah. 
Kad QR yang disediakan untuk diedarkan kepada pelajar


Pelajar membaca soalan yang telah dipaparkan di layar skrin

Guru mengimbas kad QR pelajar

Pelajar memaparkan jawapan mereka dengan mengangangkat kad QR

2.0 Pembelajaran Secara Berkumpulan

Pembelajaran berkumpulan merupakan salah satu aktiviti pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran berkumpulan ini membantu pelajar untuk berkongsi pendapat dan berbincang tentang sesuatu topik yang diberikan oleh guru serta menggalakkan komunikasi secara dua hala. Komunikasi secara dua hala ini bukan sahaja boleh dilakukan antara guru dan pelajar tetapi antara sesama pelajar. Ketika sesi pembelajaran kumpulan ini, guru memberikan satu artikel atau topik yang perlu dibincangkan. Pelajar perlu menyenaraikan isi penting atau maklumat yang diperoleh daripada hasil perbincangan dalam bentuk peta minda. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat menambah maklumat baharu. Setelah selesai melakukan perbincangan dalam kumpulan, pelajar juga perlu membentangkan hasil dapatan tugasan di hadapan kelas dan pelajar lain perlu mencatat nota. 

Aktiviti pembentangan juga dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar.  Hal ini demikian kerana rakan-rakan dapat mendengar dan memberikan maklum balas hasil pembentangan yang dilakukan. Pelajar juga dapat menjawab segala persoalan yang timbul berdasarkan maklumat yang disampaikan. Hasilnya, pelajar lebih berani dan berusaha untuk membuat pembentangan dengan lebih baik untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih dan segala soalan dapat dijawab dengan baik.

Guru memberikan Artikel yang berlainan kepada pelajar

Pelajar membaca dan menggariskan isi penting yang terdapat dalam artikel

Pelajar berbincang daalam kumpulan

Pelajar menulis isi penting dalam bentuk peta minda menggunakan
"Sticky Note" dan dilekatkan di atas sehelai kertas lukisan 

Hasil tugasan beberapa kumpulan yang telah ditampal di papan putih



3.0 PAMPLET

Aktiviti menghasilkan pamplet ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam proses mengingat topik yang telah dipelajari. Penghasilan pamplet ini sesuai bagi mempelajari Komponen Sastera bagi pelajar pendidikan menengah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan komsas seperti drama, cerpen, novel dan sebagainya yang telah dibaca serta dipelajari dapat diuji dengan penghasilan pamplet ini. Proses pembelajaran ini boleh menimbulkan persaan seronok untuk belajar dan secara tidak langsung pelajar dapat mengingat semua topik komsas yang dipelajari.

Dalam pamplet tersebut pelajar akan melukis dan menulis sinopsis bagi memudahkan mereka memahami jalan cerita sesuatu drama, cerpen atau novel dengan mudah serta ringkas. Pelajar tidak perlu membaca buat kali kedua kerana mereka boleh menjadikan pamplet tersebut sebagai nota bagi memudahkan mereka ketika persediaan menghadapi ujian atau peperiksaan semester.



Pelajar diminta menulis watak yang terdapat dalam cerpen Mahkmah

Pelajar melukis grafik berdasarkan drama Mahkamah

Hasil pamplet Drama Mahkamah yang dihasilkan oleh pelajar



4.0 KESIMPULAN

Pemebalajaran abad ke-21 sememangnya banyak membantu guru dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Aktiviti ini membantu guru untuk menarik minat pelajar di dalam kelas. Pelajar juga tidak akan berasa mengantuk serta  dapat memberikan fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru juga tidak perlu hanya berfokus kepada pembelajaran yang bersifat tradisional iaitu hanya menggunakan papan putih dan menjelaskan sesuatu topik dengan panjang lebar. Hal ini demikian kerana aktiviti pembelajaran abad ke-21 berpusatkan pelajar. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas memerlukan pelajar lebih banyak berkomunikasi dan berfikir secara kritis, manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitator.










Sunday 3 November 2013

Sepetang di majlis Konvokesyen Saya.

Salam semua,

Pejam celik...pejam celik 3 tahun telah berlalu. Tanggal 27/10/2013 sesi 4. jam 2 petang secara sahnya saya telah bergraduat. hew..hew... bangga sekejap. Masa belajar rasa lama je. Tapi dah habis rasa cm xlama je belaja. hahaha. Lumrah manusia.

Terima kasih pada yang sudi hadir pada majlis saya hari tu. Especially keluarga yang tersayang mak, abang dan tak lupa pada senior saya. hehe.. Terima kasih bagi bunga. Tq so much. Pada kawan2 terima kasih gak walaupun x datang. Hujan lebat sangat. saya paham. Its ok. Terima kasih bagi bunga & anak patung yang comel tu. Pada adik junior merangkap romate saya. Tq bagi bear tu.  Junior BM terima kasih masak2 untuk senior & jemput saya makan sekali. sangat2 terharu. Terima kasih gak bagi cenderahati yang comel. sangat kreatif. Terima kasih semua. So sweet all of u.

My moment.
  

                                               Sehari sebelum majlis.



Menunggu Giliran




Terima kasih senior, kawan, junior bagi bunga & bear.




Wednesday 8 May 2013

Hari Kelahiranku VS Pilihanraya

Tanggal 05 Mei 2013. Cukup umurku 23 tahun. 
Makin banyak pulak umur ni kan? 
Alhamdulillah, syukur pada Alllah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi. 
Dipanjangkan umur & kesihatan yang baik. 

Terima kasih juga kepada ibu yang melahir & arwah abah menjaga + mendidik sehingga aku berjaya ke tahap ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang ingat tarikh kelahiranku. Korang memang best & kawan yang sejati. Hehe... 

Tapiiii.....sangat2 kecewa + menyesal. Aku tak dapat mengundi sebab tak daftar lagi. Kalau la aku daftar awal2. Sepatutnya pada tarikh kelahiran aku ni, jadi hari bersejarah sebab tarikh piliharaya & for the 1st time megundi setelah cukup umur untuk megundi. Bukan cukup je. Terlebih cukup sudah. Haha...Tapi kena tukar ic dulu. Sebab ic aku guna alamt rumah lama. Leceh betul la. Tapi takpa. Lepas ni mesti kena tukar ic & daftar megundi.

 Tunggu for the next 5 years. 

Monday 22 April 2013

Permata Putih

Buat sekian kalinya
Hatiku terguris

Buat sekian kalinya
Hatiku merintih

Buat sekian kalinya
Hatiku dihiris

Buat sekian kalainya
Hatiku dirobek

Buat sekian kalinya
Terguris
Merintih
Dihiris
Dirobek
Mendesak & meredhai
Permata putih
Meyembah bumi
Tanpa segan & sangsi

Siti Mahani Angterian
22 April 2013

Thursday 18 April 2013

Bicara Bisu

Kelmarin
Aku menunggu
Kau tak kunjung tiba

Semalam
Aku menunggu lagi
Tiada berita

Hari ini
Aku tetap menunggu
Kau ada
Tapi tanpa suara

Kita bersua,
Bersama
Bergembira
Tapi tanpa nada
Seolahnya aku berdosa
Tidak ku tahu
Apa silapnya

Kita bertemu muka
Tapi anggota berbicara
Mengapa begini?
Tidak terjangkau olehku sebabnya

Kita seolah faham
Bicara tanpa suara
Bicara tanpa nada
Bicara anggota
Bicara bisu antara kita




Monday 15 April 2013

150 Juta Sentuhan Hati Kecilku...

Detik demi detik
hatiku semakin
disakiti
dilukai
dihancuri...

Hari demi hari
jiwaku terusan
kau desaki
menghimpit perasaanku
oleh sikapmu
yang semakin ku tidak fahami
menambah jemu sukmaku

Kau sering memberontak
Kau sering mengkhianati
teman-temanmu

Hati kecilku menangis
tersentuh
terguris
kernamu

Bukanku tidak mengerti dirimu
tapi kau tidak mahu memahami diriku
kau terlalu banyak mengharap
harapan yang tidak upaya dicapai oleh temanmu
membuat temanmu semakin menjauh
pergi dari dirimu

mengapa kau begitu?
adakah sememangnya salahku?
aku menjadi keliru...