Sunday, 3 November 2013

Sepetang di majlis Konvokesyen Saya.

Salam semua,

Pejam celik...pejam celik 3 tahun telah berlalu. Tanggal 27/10/2013 sesi 4. jam 2 petang secara sahnya saya telah bergraduat. hew..hew... bangga sekejap. Masa belajar rasa lama je. Tapi dah habis rasa cm xlama je belaja. hahaha. Lumrah manusia.

Terima kasih pada yang sudi hadir pada majlis saya hari tu. Especially keluarga yang tersayang mak, abang dan tak lupa pada senior saya. hehe.. Terima kasih bagi bunga. Tq so much. Pada kawan2 terima kasih gak walaupun x datang. Hujan lebat sangat. saya paham. Its ok. Terima kasih bagi bunga & anak patung yang comel tu. Pada adik junior merangkap romate saya. Tq bagi bear tu.  Junior BM terima kasih masak2 untuk senior & jemput saya makan sekali. sangat2 terharu. Terima kasih gak bagi cenderahati yang comel. sangat kreatif. Terima kasih semua. So sweet all of u.

My moment.
  

                                               Sehari sebelum majlis.



Menunggu Giliran




Terima kasih senior, kawan, junior bagi bunga & bear.




Wednesday, 8 May 2013

Hari Kelahiranku VS Pilihanraya

Tanggal 05 Mei 2013. Cukup umurku 23 tahun. 
Makin banyak pulak umur ni kan? 
Alhamdulillah, syukur pada Alllah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi. 
Dipanjangkan umur & kesihatan yang baik. 

Terima kasih juga kepada ibu yang melahir & arwah abah menjaga + mendidik sehingga aku berjaya ke tahap ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang ingat tarikh kelahiranku. Korang memang best & kawan yang sejati. Hehe... 

Tapiiii.....sangat2 kecewa + menyesal. Aku tak dapat mengundi sebab tak daftar lagi. Kalau la aku daftar awal2. Sepatutnya pada tarikh kelahiran aku ni, jadi hari bersejarah sebab tarikh piliharaya & for the 1st time megundi setelah cukup umur untuk megundi. Bukan cukup je. Terlebih cukup sudah. Haha...Tapi kena tukar ic dulu. Sebab ic aku guna alamt rumah lama. Leceh betul la. Tapi takpa. Lepas ni mesti kena tukar ic & daftar megundi.

 Tunggu for the next 5 years. 

Monday, 22 April 2013

Permata Putih

Buat sekian kalinya
Hatiku terguris

Buat sekian kalinya
Hatiku merintih

Buat sekian kalinya
Hatiku dihiris

Buat sekian kalainya
Hatiku dirobek

Buat sekian kalinya
Terguris
Merintih
Dihiris
Dirobek
Mendesak & meredhai
Permata putih
Meyembah bumi
Tanpa segan & sangsi

Siti Mahani Angterian
22 April 2013

Thursday, 18 April 2013

Bicara Bisu

Kelmarin
Aku menunggu
Kau tak kunjung tiba

Semalam
Aku menunggu lagi
Tiada berita

Hari ini
Aku tetap menunggu
Kau ada
Tapi tanpa suara

Kita bersua,
Bersama
Bergembira
Tapi tanpa nada
Seolahnya aku berdosa
Tidak ku tahu
Apa silapnya

Kita bertemu muka
Tapi anggota berbicara
Mengapa begini?
Tidak terjangkau olehku sebabnya

Kita seolah faham
Bicara tanpa suara
Bicara tanpa nada
Bicara anggota
Bicara bisu antara kita




Monday, 15 April 2013

150 Juta Sentuhan Hati Kecilku...

Detik demi detik
hatiku semakin
disakiti
dilukai
dihancuri...

Hari demi hari
jiwaku terusan
kau desaki
menghimpit perasaanku
oleh sikapmu
yang semakin ku tidak fahami
menambah jemu sukmaku

Kau sering memberontak
Kau sering mengkhianati
teman-temanmu

Hati kecilku menangis
tersentuh
terguris
kernamu

Bukanku tidak mengerti dirimu
tapi kau tidak mahu memahami diriku
kau terlalu banyak mengharap
harapan yang tidak upaya dicapai oleh temanmu
membuat temanmu semakin menjauh
pergi dari dirimu

mengapa kau begitu?
adakah sememangnya salahku?
aku menjadi keliru...




Friday, 29 March 2013

Memori di Kem Tapah

Salam semua, 

Nak cerita trip kami ke Tapah ni. Kami pergi perkampungan orang asli. Excited gila bila dapat pergi kem. Seronok sesangat. First time pergi kampung orang asli. Tapi, sebelum pergi tu, tiba-tiba jadi nervous + tak sedap hati. Sorang daripada kosmet pesan, jaga percakapan + jangan cakap besar+ pandai2 bawa diri kat tempat orang. Think positive & simpan kemas2 pesanan orang. Alhamdulillah, semua ok je. Orang kat sana pun mesra & mudah bergaul dengan orang luar. Nasib baik bagi kerjasama time kami interview. Terima kasih kak Lini. 




Perjalanan pergi ke Tapah


Responden kami: Kak Lini & pelajar tahun 5 SK Batu Tujuh.


Bersama Masyarakat Semai + Penyanyi tarian Sewang


Di sekolah Batu Tujuh 


Kem Tapah Perak. 

Akhirnya, pulang semula ke sarang kami. UPM. Perjalanan yang menyeronokan + penat. Satu pengalaman amat bermakna. Final Sem + Final Year